AA 209/ SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA209 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM     

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENGAJIAN AM
KURSUS : AA209 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
JANGKA MASA : 15 MINGGU
KREDIT : 2
PRASYARAT : TIADA
SINOPSIS
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM.

Membincangkan konsep sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam serta impaknya, pencapaian tamadun Islam, prinsip serta peranan syariah dan etika Islam, peranan Kaedah Fiqh serta aplikasinya.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Di akhir kursus ini pelajar akan dapat:

1. menjelaskan konsep sains, teknologi dan kejuruteraan dari perspektif Islam.
2. menerangkan al-Qur'an dan aI-Hadis sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan.
3. membincangkan prinsip syariah dan etika Islam dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan.

1.0 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Topik ini menjelaskan konsep sains teknologi dan kejuruteraan menurut Islam, peranan, impak serta pencapaiannya dalam tamadun Islam.

2.0  WAHYU SEBAGAI SUMBER SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Topik ini menjelaskan kedudukan sains serta fakta-fakta saintifik yang terkandung dalam al-Qur'an dan aI-Hadis.

3.0 PRINSIP SYARIAH DAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN .
Topik ini mcnghuraikan prinsip syariah serta etika Islam dalam sains teknologi dan kejuruteraan.

 4.0 KAEDAH FIQH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Topik ini membincangkan pengertian dan peranan Kaedah Fiqh dalam sains teknologi dan kejuruteraan. 

Laman Blog Pengajaran dan Pembelajaran 2014-2015 © All Rights Reserved
Best View With Mozilla Firefox